JIHAD SEORANG WANITA
Apabila
disebut perkataan ‘jihad’, apakah yang terlintas di dalam fikiran kita?
Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat
berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu
dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.
Hakikat Jihad
Definisi
jihad menurut syara’ ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk
mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini
nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara
Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad
yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah
berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri
sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu
juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.
Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?
Jawapan
kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam
jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali
lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan
jihad bagi kaum wanita.
Diriwayatkan
oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab
yang bergelar Khatibatin-nisa’ (wanita yang pintar berpidato) datang menemui
Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada
engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka
luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup
disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering
membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda
Rasulullah SAW :
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang
engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui
haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi
adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan
demikian."
Pada
ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya :"Wahai Rasulullah,
perempuan manakah yang baik?"
Baginda
menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila
diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta
kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."
Pada
dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama
sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang
khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan
tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada
kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke
medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya
dianggap sebagai sumbangan tambahan.
Kita
perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah
taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah
sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.
Bagaimanakah
pendirian kita?
Kita
mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala
jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha
Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah
yang bermaksud:
"Dan
orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong
bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf dan
mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)
"Dan
tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah
dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan
(yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan
Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata."
(Al-Ahzab : 36)
Sekarang
sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan
bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Tingkat
kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa
nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah
jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.
Firman
Allah :
"Adapun
yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu
syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi’at : 40-41)
"Apakah
kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum
mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak
mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang
beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah :
16)
Sudut-sudut
jihad wanita
Menjadikan
rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul. Mewujudkan suasana
Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga
menurut syara’ dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan. Mengajak kaum wanita lain memahami
prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan. Memerangi perkara-perkara
bid’ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang
mengusai wanita masa kini. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah
untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab
pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin. Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu
dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib
bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala
jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh
membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar